Halaman

Rabu, 4 Mei 2011

Spesies – spesies Arnab


HOLLAND LOP

Arnab ini mempunyai ciriyang khusus, di mana bentuk tubuhnya penuh dan padat. Kepalanya berbentuk lebar dan berwarna hitam. Keunikannya adlah kebanyakan daripada spesies ini mempunyai telinga yang sangat panjang dan tergantung lurus ke bawah (lop – eared). Misalnya arnab jenis French Lop dan English Lop , masing – masing mempunyai telinga yang berukuran melebihi 50 cm. Selain itu, telinganya juga amat tebal, tergantung lurus dari bahagian tepi kepala sehingga ke bawah tetapi tidak bergeser dengan tanah atau bahagian hujungnya yang berbentuk bulat.

Di antara pelbagai spesies Lop, English Lop merupakan arnab yang terkenal. Badanya berbentuk “Mandlin type”. Telinga sangat panjang dan “lop” sehingga mencapai ukuran melebihi 50 cm dan lebar ¼ dari panjangnya. Ia terdiri daripada pelbagai warna iaitu kuning, coklat kekuningan, putih dan pelbagai variasi warna yang lebih seragam. Warna putih jelas kelihatan dari bawah dagu sehingga ke bahagian perut. Berat induk dewasa boleh mencecah sehingga 4.5 – 5 kg. Antara spesies lop yang dihasilkan selepas menjalani proses penyilangan adalah seperti Holland Lop, French Lop, Seal Point Cashmere Lop, Smoke Pearl Cashmer Lop, Red-eye White Cashmere Lop, Black Cashmere Lop dan American Fuzzy Lop.

Induk betina akan menjaga dan menyusukan anaknya. Umumnya, induk betina mampu melahirkan sehingga 6 – 8 ekor anak bagi satu kelahiran. Oleh itu, dalam tempoh setahun, bilangan anak arnab yang boleh dilahirkan ialah 36 ekor. Pertumbuhan anak arnab adalah cepat dan membentuk struktur tubuh yang mempunyai isi yang padat. Sebagai contohnya, terdapat anak arnab yang berumur 2 bulan boleh mencapai berat badan sehingga 1.8 kg. Usaha penternakan arnab spesies ini dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan daging dan sesuai dijadikan haiwan peliharaan yang jinak.


NETHERLAND DWARF

Spesies arnab bersaiz kecil ini berasal dari belanda (Netherlands). Ia merupakan kacukan di antara arnab spesies Polish dan arnab liar yang kecil. Ia amat terkenal di seluruh dunia sebagai arnab mini. Berat induk dewasa hanya 0.9 kg. Ia banyak dipelihara sebagai haiwan peliharaan.

Lazimnya arnab ini mempunyai pelbagai warna dan corak seperti putih, bayangan, “agouti”, corak “tan”, “fawn”, “Himalayan”, jingga, “steel”, dan “tortoiseshell”. Bulu pendek dan padat. Telinga berbulu, tegang dan Nampak pendek jika dibandingkan dengan kepala. Bulu warna hitam semulajadi. Panjang telinganya 5.5 cm dan berdiri tegak ke atas.


ANGORA

Asal usul spesies arnab ini masih tidak dapat dijelaskan. Terdapat andaian menyatakan ia merupakan spesies arnab liar yang telah berkembang secara semulajadi dan bermutasi sehingga menghasilkan arnab yang berbulu panjang. Ia tidak dibiak oleh pembiak (breeder) tertentu.

Angora pertama kali ditemui dan dibawa bersama-sama oleh ahli pelayar British. Seterusnya, pada tahun 1723, ia dibawa ke Perancis dan kemudiannya tersebar ke Jerman pada tahun 1777. Pada tahun 1920, spesies ini telah berkembang dengan meluas di beberapa buah Negara Eropah Timur, Jepun, Kanada, dan Amerika Syarikat. Kegiatan penternakan arnab Angora di perancis adlah yang terbesar dan telah dilakukan secara komersial untuk menghasilkan bulu (wool).

Berat arnab dewasa diangarkan 2.7Kg, baik arnab jantan mahupun betina. Pada awalnya, arnab Angora hanya berbulu putih dan panjang. Setelah melalui pelbagai proses pembiakan ,bulunya semakin berubah dengan pelbagai warna, misalnya coklat. Bulunya halus, tebal dan kuat.Pertumbuhan bulunya diangarkan 2.5 cm setiap bulan. Bulu tersebut perlu dipotong 6 hingga 8 cm setiap 3 Bulan. Jika dibiarkan, bulu tersebut akan menjadi semakin panjang, cenderung menjadi kusut dan bergumpal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan