Halaman

Ahad, 20 Mac 2011

Peluang Perniagaan




1.Golongan yang paling jauh daripada jiwa keusahawanan ialah :
•Buruh (paling Jauh)
•Pegawai kerajaan (golongan birokrat)
•Peminjam
•Golongan professional
•Pengurus (paling hamper)


2.Jiwa keusahawanan boleh dibahagikan kepada 5 kategori dari yang paling longgar hingga yang paling mantap jiwa keusahawanan :
•Usahawan peniru (paling longgar)
•Usahawan oportunis – mengambil kesempatan.
•Kapitalis usaha niaga – mementingkan keuntungan semata-mata.
•Usahawan pembawa pembaharuan.
•Usahawan pereka yang mempunyai idea yang original (paling mantap)

3.Golongan buruh paling kurang menjadi usahawan. Elakkan diri daripada berjiwa buruh.

4.Usahawan peniru bukan merupakan usahawan tulen tetapi kemungkinan boleh Berjaya terutama jika dia bersikap oportunis.(mengambil kesempatan)

5.Pengurus lebih cenderung menjadi usahawan berbanding golongan professional.

6.Orang yang mencari kebebasan dan berusaha lebih cenderung untuk menjadi usahawan daripada orang yang terlalu berganung kepada orang lain.

7.Selalulah menggunakan peluang yang mendatang. Pepatah mengatakan “Peluang hanya dating sekali.”

8.Sifat-sifat usahawan mengikut skala menurun :
•Mencari kebebasan (paling kuat).
•Giat mencari kesenangan atau kekayaan.
•Selalu mencari peluang.
•Suka membawa pembaharuan.
•Sentiasa berusaha.
•Cenderung berhadapan dengan risiko.
•Bertindak mengikut gerak hati atau perasaan.

9.Sifat orang yang tidak ada bakat untuk menjadi usahawan :
•Terlalu bergantung kepada orang lain (paling kuat).
•Bekerja hanya untuk mencari sara hidup.
•Enggan menggunakan peluang yang mendatang.
•Sukar membuat pembaharuan.
•Tidak suka berusaha lebih.
•Enggan menanggung risiko.
•Terlalu berkira-kira dan sering bergantung kepada analisis dallam sesuatu perkiraan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan