Halaman

Isnin, 9 Mei 2011

Kursus Asas Penternakan Arnab

*Matlamat & Halatuju Peternakan Arnab.
*Pasaran dan Daya Maju.
*Biologi Arnab.
*Anatomi & Fisiologi.
*Sistem Pencernaan.
*Sistem Reproduksi.
*Kaedah penternakan Tepat.
*Rutin Operasi Penternakan.
*Pembiakan Secara Natural.
*Pembiakan Secara Intensif.
*Rekod Data Arnab.

Rabu, 4 Mei 2011

Spesies – spesies Arnab


HOLLAND LOP

Arnab ini mempunyai ciriyang khusus, di mana bentuk tubuhnya penuh dan padat. Kepalanya berbentuk lebar dan berwarna hitam. Keunikannya adlah kebanyakan daripada spesies ini mempunyai telinga yang sangat panjang dan tergantung lurus ke bawah (lop – eared). Misalnya arnab jenis French Lop dan English Lop , masing – masing mempunyai telinga yang berukuran melebihi 50 cm. Selain itu, telinganya juga amat tebal, tergantung lurus dari bahagian tepi kepala sehingga ke bawah tetapi tidak bergeser dengan tanah atau bahagian hujungnya yang berbentuk bulat.

Di antara pelbagai spesies Lop, English Lop merupakan arnab yang terkenal. Badanya berbentuk “Mandlin type”. Telinga sangat panjang dan “lop” sehingga mencapai ukuran melebihi 50 cm dan lebar ¼ dari panjangnya. Ia terdiri daripada pelbagai warna iaitu kuning, coklat kekuningan, putih dan pelbagai variasi warna yang lebih seragam. Warna putih jelas kelihatan dari bawah dagu sehingga ke bahagian perut. Berat induk dewasa boleh mencecah sehingga 4.5 – 5 kg. Antara spesies lop yang dihasilkan selepas menjalani proses penyilangan adalah seperti Holland Lop, French Lop, Seal Point Cashmere Lop, Smoke Pearl Cashmer Lop, Red-eye White Cashmere Lop, Black Cashmere Lop dan American Fuzzy Lop.

Induk betina akan menjaga dan menyusukan anaknya. Umumnya, induk betina mampu melahirkan sehingga 6 – 8 ekor anak bagi satu kelahiran. Oleh itu, dalam tempoh setahun, bilangan anak arnab yang boleh dilahirkan ialah 36 ekor. Pertumbuhan anak arnab adalah cepat dan membentuk struktur tubuh yang mempunyai isi yang padat. Sebagai contohnya, terdapat anak arnab yang berumur 2 bulan boleh mencapai berat badan sehingga 1.8 kg. Usaha penternakan arnab spesies ini dilakukan dengan tujuan untuk mendapatkan daging dan sesuai dijadikan haiwan peliharaan yang jinak.


NETHERLAND DWARF

Spesies arnab bersaiz kecil ini berasal dari belanda (Netherlands). Ia merupakan kacukan di antara arnab spesies Polish dan arnab liar yang kecil. Ia amat terkenal di seluruh dunia sebagai arnab mini. Berat induk dewasa hanya 0.9 kg. Ia banyak dipelihara sebagai haiwan peliharaan.

Lazimnya arnab ini mempunyai pelbagai warna dan corak seperti putih, bayangan, “agouti”, corak “tan”, “fawn”, “Himalayan”, jingga, “steel”, dan “tortoiseshell”. Bulu pendek dan padat. Telinga berbulu, tegang dan Nampak pendek jika dibandingkan dengan kepala. Bulu warna hitam semulajadi. Panjang telinganya 5.5 cm dan berdiri tegak ke atas.


ANGORA

Asal usul spesies arnab ini masih tidak dapat dijelaskan. Terdapat andaian menyatakan ia merupakan spesies arnab liar yang telah berkembang secara semulajadi dan bermutasi sehingga menghasilkan arnab yang berbulu panjang. Ia tidak dibiak oleh pembiak (breeder) tertentu.

Angora pertama kali ditemui dan dibawa bersama-sama oleh ahli pelayar British. Seterusnya, pada tahun 1723, ia dibawa ke Perancis dan kemudiannya tersebar ke Jerman pada tahun 1777. Pada tahun 1920, spesies ini telah berkembang dengan meluas di beberapa buah Negara Eropah Timur, Jepun, Kanada, dan Amerika Syarikat. Kegiatan penternakan arnab Angora di perancis adlah yang terbesar dan telah dilakukan secara komersial untuk menghasilkan bulu (wool).

Berat arnab dewasa diangarkan 2.7Kg, baik arnab jantan mahupun betina. Pada awalnya, arnab Angora hanya berbulu putih dan panjang. Setelah melalui pelbagai proses pembiakan ,bulunya semakin berubah dengan pelbagai warna, misalnya coklat. Bulunya halus, tebal dan kuat.Pertumbuhan bulunya diangarkan 2.5 cm setiap bulan. Bulu tersebut perlu dipotong 6 hingga 8 cm setiap 3 Bulan. Jika dibiarkan, bulu tersebut akan menjadi semakin panjang, cenderung menjadi kusut dan bergumpal.

Selasa, 3 Mei 2011

Penentuan Jantina

Bagaimanakah menentukan jantina arnab yang masih di peringkat anak ?


Penentuan jantina boleh dilakukan dengan menekan secara perlahan bahagian lubang di atas dubur. Anak jantan akan menunjukkan tanda bonjolan yang membulat. Sementara anak arnab betina akan menunjukkan tanda belahan mengarah ke dubur.


Baka - Baka Arnab

Baka - baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti :

1. New Zealand White
2. Californian
3. Carolina
4. New Simonare
5. Sepanyol

Biologi Arnab



Nama Saintifik : Oryctolagus Cuniculas
Jangkamasa Membiak : Sepanjang Tahun
Bilangan Puting : 8 Biji
Tempoh Hidup : 5 – 10 tahun
Tempoh Pengeluaran : 1 – 3 tahun
Tempoh Bunting : 28 – 35 hari
Tempoh pemisahan : 6 – 8 minggu
Umur Matang : 4 -10 bulan
Umur Dikahwinkan : 6 – 12 bulan
Mengawan Semula : 1 minggu selepas anak diasingkan selepas beranak
Kitaran Kelamin : Poliestrus dalam tempoh setahun, sekurang–kurangnya 5 kali bunting
Kitaran mengawan : Sekitar 2 minggu
Jangkamasa estrus : 11 – 15 hari
Pengovulan : Berlaku 9 – 13 jam selepas disenyawakan
Masa Subur : 1 – 2 jam selepas disenyawakan
Jumlah anak yang lahir: 4 – 10 ekor
Jumlah darah : 40 ml/kg berat badan
Berat arnab dewasa : Sangat bervariasi, bergantung kepada baka arnab, jantina dan factor penjagaan